pada 2 julai 2010 jam 9malam bertempat di pentas warisan batu 8 bukit kapar telah diadakan satu ceramah umum oleh pakatan rakyat berkenaan isu isu semasa . tapak ceramah pada malam itu juga terkenal kerana di situ juga lah biasanya pasar malam pada hari selasa akan diadakan .
tapi malang pada semua hadirin apabila majlis yang pada mulanya kelihatan berjalan lancar telah di datangi oleh beberapa orang pegawai polis meminta ceramah pada malam itu di batalkan . di beritakan walaupun ceramah pada malam itu telah mendapat kelulusan permit berceramah tetapi atas sebab sebab adanya laporan polis telah dibuat berkenaan ceramah pada malam itu telah mengganggu ketenteraman awam .
namun setelah hampir 1 jam berunding , pihak polis bersetuju untuk pihak penganjur meneruskan ceramah tetapi dengan syarat ceramah harus diteruskan di dalam tempat yang lebih tertutup . setelah di persetujui ceramah telah di adakan di dalam surau tapak pasar dengan diawasi oleh pihak polis .
penceramah penceramah telah didatangkan khas terdiri daripada yb dr. rani ( adun meru ) yb ng suee lim ( adun sekinchan ) dan yb khalid samad ( parlimen shah alam ) . dek kerana gangguan yang berlaku di awal majlis , yb ng suee lim telah memohon untuk beredar kerana terpaksa menghadirkan diri ke majlis yang lain . tapi hadirin bertuah kerana yb amirudin shaari ( adun batu caves ) telah hadir untuk menggantikan tempat adun sekinchan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan