pada 10julai 2010 bertempat di dewan orang ramai kampung baru perepat , telah di adakan satu ceramah penerangan merakyatkan ekonomi selangor dan isu isu semasa politik selangor . antara penceramah yang hadir ialah yb azmin ali ( naib presiden pkr ) yb manikavasagem ( parlimen kapar ) dan tuan haji bakir selaku ketua cabang pkr kapar .
sejak jam 7 malam lagi dewan telah di datangi oleh penyokong penyokong pakatan rakyat yang pada awal nya majlis akan mendatangkan kehadiran dato seri anwar ibrahim . namun atas sebab urusan dan jadual terlalu padat ds anwar ibrahim telah membatalkan kehadirannya namun beliau berjanji untuk hadir di lain masa .
pada malam itu juga telah diadakan satu acara penyerahan borang kemasukkan ahli ahli baru kedalam pkr . seramai 200 orang ahli baru telah mendaftarkan diri ke dalam pkr dan ini adalah satu tamparan hebat kepada pihak barisan nasional yang mana memang telah menjadi tradisi kawasan kampung perepat ini adalah salah satu kawasan kubu kuat bn dalam dun sementa sejak dulu lagi.
semoga dengan kemasukkan ahli secara beramai ramai ini akan menjadi satu titik tolak bagi pkr menggukuhkan pengaruhnya di kawasan kubu kubu kuat bn seterusnya bagi merialisasikan cita cita parti untuk menawan putrajaya ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan