Selasa, 13 Julai 2010

ceramah penerangan












pada 10julai 2010 bertempat di dewan orang ramai kampung baru perepat , telah di adakan satu ceramah penerangan merakyatkan ekonomi selangor dan isu isu semasa politik selangor . antara penceramah yang hadir ialah yb azmin ali ( naib presiden pkr ) yb manikavasagem ( parlimen kapar ) dan tuan haji bakir selaku ketua cabang pkr kapar .

sejak jam 7 malam lagi dewan telah di datangi oleh penyokong penyokong pakatan rakyat yang pada awal nya majlis akan mendatangkan kehadiran dato seri anwar ibrahim . namun atas sebab urusan dan jadual terlalu padat ds anwar ibrahim telah membatalkan kehadirannya namun beliau berjanji untuk hadir di lain masa .

pada malam itu juga telah diadakan satu acara penyerahan borang kemasukkan ahli ahli baru kedalam pkr . seramai 200 orang ahli baru telah mendaftarkan diri ke dalam pkr dan ini adalah satu tamparan hebat kepada pihak barisan nasional yang mana memang telah menjadi tradisi kawasan kampung perepat ini adalah salah satu kawasan kubu kuat bn dalam dun sementa sejak dulu lagi.

semoga dengan kemasukkan ahli secara beramai ramai ini akan menjadi satu titik tolak bagi pkr menggukuhkan pengaruhnya di kawasan kubu kubu kuat bn seterusnya bagi merialisasikan cita cita parti untuk menawan putrajaya ...

ceramah umum pakatan rakyat













pada 2 julai 2010  jam 9malam bertempat di pentas warisan batu 8 bukit kapar telah diadakan satu ceramah umum oleh pakatan rakyat berkenaan isu isu semasa . tapak ceramah pada malam itu juga terkenal kerana di situ juga lah biasanya pasar malam pada hari selasa akan diadakan .

tapi malang pada semua hadirin apabila majlis yang pada mulanya kelihatan berjalan lancar telah di datangi oleh beberapa orang pegawai polis meminta ceramah pada malam itu di batalkan . di beritakan walaupun ceramah pada malam itu telah mendapat kelulusan permit berceramah tetapi atas sebab sebab adanya laporan polis telah dibuat berkenaan ceramah pada malam itu telah mengganggu ketenteraman awam .

namun setelah hampir 1 jam berunding , pihak polis bersetuju untuk pihak penganjur meneruskan ceramah tetapi dengan syarat ceramah harus diteruskan di dalam tempat yang lebih tertutup . setelah di persetujui ceramah telah di adakan di dalam surau tapak pasar dengan diawasi oleh pihak polis .

penceramah penceramah telah didatangkan khas terdiri daripada yb dr. rani ( adun meru )  yb ng suee lim ( adun sekinchan ) dan yb khalid samad ( parlimen shah alam ) . dek kerana gangguan yang berlaku di awal majlis , yb ng suee lim telah memohon untuk beredar kerana terpaksa menghadirkan diri ke majlis yang lain . tapi hadirin bertuah kerana yb amirudin shaari ( adun batu caves )  telah hadir untuk menggantikan tempat adun sekinchan .