alhamdulillah ... pihak amk tokmuda telah berkesempatan untuk sama sama penduduk kampung bukit kapar mendegar kuliah magrib yang di sampaikan oleh tuan guru dato harun din di masjid al taqwa bukit kapar . ramai jemaah dari pelusuk kampung dan kariah luar yang telah sama sama hadir memenuhkan ruang masjid .
dalam kuliahnya tuan guru sentiasa mengingatkan agar jemaah jemaah sentiasa bersedia menghadapi mati . bekalan bekalan yang perlu di bawa sebelum mati adalah inti pati kuliah malam itu . perlu ada keseimbangan bagi mengejar kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahu pun di akhirat .
tuan guru juga ada menyentuh isu penggunaan nama ALLAH oleh pihak pihak yang tidak sepatutnya yang cuba mahu sama sama menggunakan nama tuhan bagi seluruh umat islam . dengan keterbatasan masa dan sesekali mengikuti kuliah magrib seperti ini , amk tokmuda merasakan diri ini amat kerdil dan menginsafkan ...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan