pkr cabang kapar telah menganjurkan satu ceramah umum pada 13 januari 2010 jam 9 malam di dewan mpk bandar sultan sulaiman . pihak penganjur telah membawakan beberapa orang penceramah terdiri daripada sdr samsul iskandar mohd akin ( ketua amk malaysia ) yb haniza bt mohd talha ( tim speaker sel ) yb nik nazmi bin nik ahmad ( su mb ) yb dr abd rani ( adun meru ) dan sdr khairul anuar ( ketua amk selangor )
majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid bandar sultan sulaiman dan bacaan sajak oleh seorang pejuang bahasa . pada malam itu yb nik nazmi tidak dapat hadir dan telah digantikan oleh ketua amk sarawak . isu isu banyak berkisar tentang agenda agenda kerajaan negeri yang ingin terus membantu rakyat , berkenaan usaha terancang pihak pembangkang yang ingin merampas tampuk pimpinan kerajaan negeri , isu kalimah ALLAH , isu isu berkaitan sprm , badan kehakiman , kehilangan enjin jet dan yang menarik pastinya tentang perbicaraan mahkamah kes dato seri anwar ibrahim yang akan berlangsung tidak lama lagi .
semoga ceramah umum seperti ini akan kerap diadakan di bandar sultan sulaiman kerana di bandar sultan sulaiman adalah salah satu kubu kuat pihak pembangkang . dan semoga dengan adanya ceramah ceramah seperti ini akan dapat menyampaikan isu isu semasa yang mutakhir dan benar kepada rakyat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan