Isnin, 20 Disember 2010

demo kembalikan hak air rakyat selangor












polis , fru , tembakkan bom asap, pancutan air , panas , lari , semua itu sudah lali bagi anak mude tokmuda bersama sama pimpinan serta ribuan rakyat yang turut sama menyertai demo kembalikan hak air selangor kepada rakyat negeri . 5 disember 2010 menjadi saksi bila mana rancangan awal untuk bersama sama mb menghantar memorandum kepada agong telah disekat .


bersama pimpinan











19 november 2010 jam 8 malam dewan mbsa . bersama pimpinan pusat,pimpinan negeri, pimpinan cabang dan penyokong parti keadilan rakyat malaysia. mendengar taklimat isu isu semasa dan menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada parti keramat .



Selasa, 13 Julai 2010

ceramah penerangan












pada 10julai 2010 bertempat di dewan orang ramai kampung baru perepat , telah di adakan satu ceramah penerangan merakyatkan ekonomi selangor dan isu isu semasa politik selangor . antara penceramah yang hadir ialah yb azmin ali ( naib presiden pkr ) yb manikavasagem ( parlimen kapar ) dan tuan haji bakir selaku ketua cabang pkr kapar .

sejak jam 7 malam lagi dewan telah di datangi oleh penyokong penyokong pakatan rakyat yang pada awal nya majlis akan mendatangkan kehadiran dato seri anwar ibrahim . namun atas sebab urusan dan jadual terlalu padat ds anwar ibrahim telah membatalkan kehadirannya namun beliau berjanji untuk hadir di lain masa .

pada malam itu juga telah diadakan satu acara penyerahan borang kemasukkan ahli ahli baru kedalam pkr . seramai 200 orang ahli baru telah mendaftarkan diri ke dalam pkr dan ini adalah satu tamparan hebat kepada pihak barisan nasional yang mana memang telah menjadi tradisi kawasan kampung perepat ini adalah salah satu kawasan kubu kuat bn dalam dun sementa sejak dulu lagi.

semoga dengan kemasukkan ahli secara beramai ramai ini akan menjadi satu titik tolak bagi pkr menggukuhkan pengaruhnya di kawasan kubu kubu kuat bn seterusnya bagi merialisasikan cita cita parti untuk menawan putrajaya ...

ceramah umum pakatan rakyat













pada 2 julai 2010  jam 9malam bertempat di pentas warisan batu 8 bukit kapar telah diadakan satu ceramah umum oleh pakatan rakyat berkenaan isu isu semasa . tapak ceramah pada malam itu juga terkenal kerana di situ juga lah biasanya pasar malam pada hari selasa akan diadakan .

tapi malang pada semua hadirin apabila majlis yang pada mulanya kelihatan berjalan lancar telah di datangi oleh beberapa orang pegawai polis meminta ceramah pada malam itu di batalkan . di beritakan walaupun ceramah pada malam itu telah mendapat kelulusan permit berceramah tetapi atas sebab sebab adanya laporan polis telah dibuat berkenaan ceramah pada malam itu telah mengganggu ketenteraman awam .

namun setelah hampir 1 jam berunding , pihak polis bersetuju untuk pihak penganjur meneruskan ceramah tetapi dengan syarat ceramah harus diteruskan di dalam tempat yang lebih tertutup . setelah di persetujui ceramah telah di adakan di dalam surau tapak pasar dengan diawasi oleh pihak polis .

penceramah penceramah telah didatangkan khas terdiri daripada yb dr. rani ( adun meru )  yb ng suee lim ( adun sekinchan ) dan yb khalid samad ( parlimen shah alam ) . dek kerana gangguan yang berlaku di awal majlis , yb ng suee lim telah memohon untuk beredar kerana terpaksa menghadirkan diri ke majlis yang lain . tapi hadirin bertuah kerana yb amirudin shaari ( adun batu caves )  telah hadir untuk menggantikan tempat adun sekinchan .

Selasa, 29 Jun 2010

world cup ( portugal vs brazil )


































demam piala dunia telah bermula . pada 25.06.2010 jam 8 malam , bertempat di perkarangan kediaman en. saadon , telah di adakan acara menonton perlawanan bolasepak piala dunia diantara pasukan negara portugal dengan negara brazil . satu layar besar telah disediakan oleh en. saadon bagi keselesaan penonton yang seawal jam 8 malam telah memenuhi perkarangan tempat majlis .

untuk memeriahkan majlis , satu pertandingan permainan playstation telah diadakan . ia berlangsung sebelum bermulannya perlawanan antara portugal dan brazil . dalam ucapan aluan aluan oleh en. saadon , en. saadon  mengucapkan terima kasih pada hadirin yang sama sama hadir bagi menonton perlawanan piala dunia . ia menunjukkan semangat kesukanan antara hadirin yang rata ratanya sedang demam piala dunia .

en. saadon juga mengingatkan pada hadirin terutama nya anak anak muda lingkungan 20 an sama ada mereka sudah mendaftar atau belum  bagi menjamin hak mereka untuk mengundi . akhir kata dari en. saadon agar hadirin dapat sama sama menjaga keharmonian bermasyarakat yang mana sejak akhir akhir ini kita sering mendengar berita berita kejatuhan moral anak anak muda dan gejala buang bayi yang semakin membimbangkan .

pada majlis malam itu juga telah diadakan acara cabutan bertuah . 10 hadirin yang bertuah telah dipilih untuk menerima hadiah berupa jersi pasukan piala dunia . ketua kampung tokmuda telah berbesar hati menyampaikan hadiah bagi acara cabutan bertuah dan acara pertandingan playstation . sedikit jamuan telah disediakan oleh tuan rumah bagi menjamu para hadirin .

Ahad, 2 Mei 2010

kejohanan playstation2





bertempat diperkarangan rumah en. saadon telah diadakan kejohanan playstation2 winning eleven 2010 . dengan dibantu oleh gerakkan belia tokmuda , kejohanan ini telah berjalan dengan jayanya dan telah menarik minat belia belia sekitar tokmuda.

dalam  ucapan alu aluannya , en. saadon mengharapkan agar acara acara sebegini dapat menolak tanggapan sesetengah pihak yang mana sering menyalahkan golongan golongan belia dan golongan golongan muda dengan aktiviti aktiviti yang tidak sihat .