Ahad, 18 Oktober 2009
majlis hari raya & deepavali
hampir 5 ribu orang terdiri daripada berbagai agama dan bangsa telah menghadirkan diri dalam majlis sambutan rumah terbuka sempena hari raya dan deepavali peringkat dun sementa anjuran pusat khidmat rakyat dun sementa . majlis yang bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 3 petang telah berlangsung dengan jayanya di taman sungai kapar indah berhadapan dengan pejabat cabang keadilan dun sementa .
pada majlis itu juga telah diadakan penyerahan sumbangan kepada 4 orang penerima kerusi roda dan juga sumbangan daripada kerajaan negeri berupa wang tunai kepada 150 orang ibu tunggal kaum india dari dun sementa . sumbangan telah diserahkan oleh yb rodziah selaku adun angkat dun sementa . dalam ucapannya yb berharap agar penerima penerima sumbangan menggunakan " duit raya " dengan sebaik baiknya . yb juga meingatkan dasar kerajaan pakatan rakyat negeri selangor yang sentiasa ingin membantu dan meringankan beban masalah rakyat selaras dengan moto negeri berkebajikan .
majlis juga diserikan dengan berbagai acara sampingan antaranya dendangan lagu lagu raya daripada artis jemputan , tarian klasik kaum india dan persembahan daripada kumpulan cempuling bukit kapar . yang paling menarik sekali adalah acara khas dimana tetamu jemputan iaitu yb rodziah telah berbesar hati untuk memasak char kuea tiaw yang mana ianya adalah antara menu yang disediakan oleh pihak penganjur .
disamping menjamu selera , para tetamu dapat beramah mesra antara satu sama lain tak kira bangsa dan agama . dan semangat yang ditunjukkan inilah yang membuatkan kerajaan pakatan rakyat di negeri selangor semakin kuat khususnya keadilan di dun sementa ini .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan