Isnin, 12 Oktober 2009

antara maruah dan rasuah




















antara maruah dan rasuah , pengundi bagan pinang telah terpilih rasuah . isa samad menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah di gantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

amk tokmuda percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Malah amk tokmuda tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara.

amk tokmuda sempat bersama sama mengikuti dan menghadirkan diri di bagan pinang sewaktu hari mengundi . ternyata aksi aksi panas dan tegang masih terlihat bilamana puak puak bn sama sama terlibat dalam pilihanraya . tidak seperti di prk penanti keadaan aman dan tenteram kerana tiada gerombolan gerombolan bn yang membuat kacau .

akhir kata amk tokmuda menghormati keputusan pegundi bagan pinang atas prinsip demokratik dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi pengundi yang mengundi pakatan rakyat . kekalahan ini tidak bermaksud kita tewas tetapi sebagai satu cabaran agar kita sentiasa bersedia . nantikan pru 13 . lawan tetap lawan ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan