Ahad, 18 Oktober 2009

majlis hari raya & deepavali



























hampir 5 ribu orang terdiri daripada berbagai agama dan bangsa telah menghadirkan diri dalam majlis sambutan rumah terbuka sempena hari raya dan deepavali peringkat dun sementa anjuran pusat khidmat rakyat dun sementa . majlis yang bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 3 petang telah berlangsung dengan jayanya di taman sungai kapar indah berhadapan dengan pejabat cabang keadilan dun sementa .

pada majlis itu juga telah diadakan penyerahan sumbangan kepada 4 orang penerima kerusi roda dan juga sumbangan daripada kerajaan negeri berupa wang tunai kepada 150 orang ibu tunggal kaum india dari dun sementa . sumbangan telah diserahkan oleh yb rodziah selaku adun angkat dun sementa . dalam ucapannya yb berharap agar penerima penerima sumbangan menggunakan " duit raya " dengan sebaik baiknya . yb juga meingatkan dasar kerajaan pakatan rakyat negeri selangor yang sentiasa ingin membantu dan meringankan beban masalah rakyat selaras dengan moto negeri berkebajikan .

majlis juga diserikan dengan berbagai acara sampingan antaranya dendangan lagu lagu raya daripada artis jemputan , tarian klasik kaum india dan persembahan daripada kumpulan cempuling bukit kapar . yang paling menarik sekali adalah acara khas dimana tetamu jemputan iaitu yb rodziah telah berbesar hati untuk memasak char kuea tiaw yang mana ianya adalah antara menu yang disediakan oleh pihak penganjur .

disamping menjamu selera , para tetamu dapat beramah mesra antara satu sama lain tak kira bangsa dan agama . dan semangat yang ditunjukkan inilah yang membuatkan kerajaan pakatan rakyat di negeri selangor semakin kuat khususnya keadilan di dun sementa ini .

Isnin, 12 Oktober 2009

antara maruah dan rasuah




















antara maruah dan rasuah , pengundi bagan pinang telah terpilih rasuah . isa samad menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah di gantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

amk tokmuda percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Malah amk tokmuda tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara.

amk tokmuda sempat bersama sama mengikuti dan menghadirkan diri di bagan pinang sewaktu hari mengundi . ternyata aksi aksi panas dan tegang masih terlihat bilamana puak puak bn sama sama terlibat dalam pilihanraya . tidak seperti di prk penanti keadaan aman dan tenteram kerana tiada gerombolan gerombolan bn yang membuat kacau .

akhir kata amk tokmuda menghormati keputusan pegundi bagan pinang atas prinsip demokratik dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi pengundi yang mengundi pakatan rakyat . kekalahan ini tidak bermaksud kita tewas tetapi sebagai satu cabaran agar kita sentiasa bersedia . nantikan pru 13 . lawan tetap lawan ......

rumah terbuka keadilan tokmuda














satu jamuan rumah terbuka keadilan ranting tokmuda telah dilangsungkan pada 03.10.2009 bertempat di kediaman en. saadon . jamuan ini dihadiri oleh penyokong penyokong dan ahli ahli keadilan sekitar dun sementa . hampir 2 ribu orang telah menghadirkan diri dan en. saadon sebagai tuan rumah amat berbesar hati dan rasa teruja dengan jumlah yang telah hadir .

dengan kehadiran para tetamu yang silih berganti , acara yang bermula jam 8 malam dan dijangka tamat pada jam 11 malam telah berlanjutan hingga jam 1 pagi . mujur tuan rumah menyediakan menu menu yang lebih daripada biasa yang mana sudah menjangka akan sambutan yang bakal diterima . antara menu menu menarik yang disediakan ialah nasi minyak , nasi himpit , lauk pauk , ikan bakar , soto , buah buahan dan tidak ketinggalan roti canai .

walaupun dalam suasana hari raya aidilfitri topik topik perbincangan masih lagi berkisar tentang agenda agenda politik tanah air khususnya di negeri selangor . sambil menjamu sambil bertukar tukar pandangan ...................