Ahad, 2 Ogos 2009

demo mansuhkan isa










* gas pemedih mata mula dilepaskan.



* trak merah water cannon mula beroperasi.

* kesan daripada semburan, lihat jalanraya dipenuhi buih gatal.




* pergerakkan sentiasa di pantau oleh burung besi.


seperti yang dijangka gerakkan anti isa tidak bertempur dengan pro isa tetapi bertempur dengan fru. polis dan fru telah berjaya menghalang gerakkan anti isa dari menghantar memorundum ke istana negara. dengan lima pecahan kumpulan besar yang ingin bercantum di dataran mardeka setelah semua jalan menuju istana negara di sekat, amk tokmuda telah terperangkap dalam kumpulan masjid negara. ribuan anti isa dari masjid negara bergerak ke jalan kucing namun tersekat di selangor club. di selangor club fru telah menembak dengan water cannon disusuli dengan tembakkan gas pemedih mata dari arah masjid negara. dengan keadaan terperangkap tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri hanya dengan terjun melalui hutan kecil dan gaung menuju bangunan berdekatan. entah apalah nasib warga tua dan wanita di belakang. seterusnya memanjat pagar bangunan bersebelahan, mujur ada seorang pengawal keselamatan yang baik hati di situ melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. semoga Allah membalas budi baiknya. disana barulah dapat keluar dan berkumpul di bangunan dayabumi ...hidup hidup, hidup rakyat , mansuh mansuh, akta zalim, mansuh mansuh, mansuh isa, hidup hidup, hidup rakyat ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan