Jumaat, 14 Ogos 2009

ceramah ketuanan rakyat


















satu ceramah anjuran parti keadilan rakyat parlimen kapar telah diadakan pada 13 ogos bertempat di dewan ahmad razali sementa . ramai penceramah penceramah hebat telah di datangkan khas untuk para penyokong pakatan rakyat . antara yang hadir yb manikavasagem ( mp kapar ) yb william leong ( mp pj) yb teng chua ( mp batu ) dato zahid ibrahim ( mantan menteri di jabatan perdana menteri ) yb dr rani ( adun meru ) yb rodziah ( adun batu 3 /adun angkat sementa ) . sayang sekali tokoh yang di tunggu tunggu oleh ribuan hadirin tak lain dan tak bukan dato seri anwar ibrahim tidak dapat hadir di saat saat akhir kerana ada urusan yang lebih mustahak di jakarta .

majlis pada malam itu dipengerusikan oleh en. saadon ( pegawai khas dun sementa ) dan yang menariknya majlis disusuli dengan acara memberi sumbangan kepada anak anak yang terpilih bagi menghadapi peperiksaan upsr dan penyerahan borang borang keahlian menganggotai pkr setelah satu cawangan mca dan satu cawangan mic dalam parlimen kapar dibubarkan .

hadirin di sajikan oleh ceramah ceramah isu semasa dan kupasan kupasan berita berita yang sedang hangat di mainkan oleh pihak barisan nasional . dengan jumlah ribuan yang hadir ke majlis malam itu ada diantaranya yang terpaksa berdiri setelah dewan dipenuhi dan melimpah ruang hingga ke gerai gerai di luar dewan majlis .

Jumaat, 7 Ogos 2009

ceramah umum



* unit amal malaysia yang turut menyumbang tenaga .


* yb dr rani sedang berucap .


* giliran yb teng berucap .


bertempat di dewan mpk taman sri kerayong pekan kapar telah diadakan satu ceramah umum bagi memberi penjelasan berkenaan isu isu semasa yang berlaku sejak akhir akhir ini terutama di negeri selangor . majlis telah bermula jam 9 malam dan di pengerusikan oleh en. saadon . penceramah penceramah hebat telah di datangkan khas antaranya yb dr. abd. rani ( adun meru ) yb teng chang khim ( speker dun )yb s.manikavassagem ( mp kapar ) yb khalid samad ( mp shah alam ) dan yb rodziah bt ismail ( exco selangor/ adun angkat dun sementa ) . yb azmin ali tidak dapat hadir di saat saat akhir kerana terpaksa menghadirkan diri dalam satu majlis kerajaan negeri .

Ahad, 2 Ogos 2009

demo mansuhkan isa










* gas pemedih mata mula dilepaskan.



* trak merah water cannon mula beroperasi.

* kesan daripada semburan, lihat jalanraya dipenuhi buih gatal.




* pergerakkan sentiasa di pantau oleh burung besi.


seperti yang dijangka gerakkan anti isa tidak bertempur dengan pro isa tetapi bertempur dengan fru. polis dan fru telah berjaya menghalang gerakkan anti isa dari menghantar memorundum ke istana negara. dengan lima pecahan kumpulan besar yang ingin bercantum di dataran mardeka setelah semua jalan menuju istana negara di sekat, amk tokmuda telah terperangkap dalam kumpulan masjid negara. ribuan anti isa dari masjid negara bergerak ke jalan kucing namun tersekat di selangor club. di selangor club fru telah menembak dengan water cannon disusuli dengan tembakkan gas pemedih mata dari arah masjid negara. dengan keadaan terperangkap tiada jalan lain untuk menyelamatkan diri hanya dengan terjun melalui hutan kecil dan gaung menuju bangunan berdekatan. entah apalah nasib warga tua dan wanita di belakang. seterusnya memanjat pagar bangunan bersebelahan, mujur ada seorang pengawal keselamatan yang baik hati di situ melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. semoga Allah membalas budi baiknya. disana barulah dapat keluar dan berkumpul di bangunan dayabumi ...hidup hidup, hidup rakyat , mansuh mansuh, akta zalim, mansuh mansuh, mansuh isa, hidup hidup, hidup rakyat ......