Khamis, 10 Disember 2009

daulat tuanku , daulat tuanku , daulat tuanku ...












sepena hari keputeraan yang ke 64 duli yang maha mulia sultan selangor , telah diadakan satu larian rakyat yang mana amk tokmuda beruntung kerana salah seorang amk telah menyertainya . diberitakan , program berjalan sangat lancar dan mendapat sambutan yang baik mungkin kerana pihak penganjur telah menyediakan hadiah hadiah yang menarik buat pemenang .

larian tersebut telah diadakan di seksyen 7 i city selangor . menteri besar selangor telah melepaskan peserta peserta larian yang mana 8 kategori telah dipertandingkan . exco exco selangor terdiri daripada yb ronnie liew , yb xavier dan yb elizabert wong telah berbesar hati menyampaikan hadiah hadiah . turut dimuatkan adalah acara cabutan bertuah dan penyampaian sumbangan bantuan kerajaan negeri kepada wakil rumah rumah kebajikan sekitar selangor .

Sabtu, 7 November 2009

skim mesra usia emas
















satu majlis penyampaian bayaran manafaat kepada waris waris si mati yang telah berdaftar telah dilaksanakan di dewan orang ramai batu 12 pekan kapar pada 07.11.2009 jam 3 petang . ia adalah pemberian fasa 2 dalam program skim khairat kematian warga emas selaras dengan moto kerajaan negeri iaitu agenda merakyatkan ekonomi selangor .

dalam majlis itu seramai 71 penerima dari seliaan dun sementa , dun meru dan dun sungai pinang telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh yb rodziah selaku exco kerajaan negeri selangor .

dalam ucapannya , yb rodziah mengigatkan pada para hadirin tentang agenda agenda merakyatkan selangor bukanlah satu cakap cakap kosong . ia adalah perancangan kerajaan negeri yang diketuai oleh menteri besar untuk rakyat merasai sama kekayaan negeri dan banyak lagi agenda agenda yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri selangor .

pertandingan playstation 2










pada 24.10.2009 yang lepas amk tokmuda telah berjaya menganjurkan satu pertandingan playstation 2 winning eleven world soccer . pertandingan adalah cadangan daripada ahli ahli amk sendiri yang mana ingin mencuba sesuatu yang baru dan dan mencabar diri masing masing sama ada bersedia mengawal fizikal dan mental dalam sesuatu tekanan .

pertandingan dilakukan di rumah saudara glan dan berjaya menarik minat ramai . dengan sambutan yang diluar jangkaan , pertandingan berlarutan sehingga 4 jam dan berakhir dengan jayanya .

dengan kelancaran dan kejayaan penganjuran , ahli ahli meminta ia dapat dilakukan sekerap yang mungkin yang mana ia adalah salah satu aktiviti yang boleh mengeratkan sillaturrahim dan menghindarkan dari melakukan perkara perkara yang membuang masa .

Ahad, 18 Oktober 2009

majlis hari raya & deepavali



























hampir 5 ribu orang terdiri daripada berbagai agama dan bangsa telah menghadirkan diri dalam majlis sambutan rumah terbuka sempena hari raya dan deepavali peringkat dun sementa anjuran pusat khidmat rakyat dun sementa . majlis yang bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 3 petang telah berlangsung dengan jayanya di taman sungai kapar indah berhadapan dengan pejabat cabang keadilan dun sementa .

pada majlis itu juga telah diadakan penyerahan sumbangan kepada 4 orang penerima kerusi roda dan juga sumbangan daripada kerajaan negeri berupa wang tunai kepada 150 orang ibu tunggal kaum india dari dun sementa . sumbangan telah diserahkan oleh yb rodziah selaku adun angkat dun sementa . dalam ucapannya yb berharap agar penerima penerima sumbangan menggunakan " duit raya " dengan sebaik baiknya . yb juga meingatkan dasar kerajaan pakatan rakyat negeri selangor yang sentiasa ingin membantu dan meringankan beban masalah rakyat selaras dengan moto negeri berkebajikan .

majlis juga diserikan dengan berbagai acara sampingan antaranya dendangan lagu lagu raya daripada artis jemputan , tarian klasik kaum india dan persembahan daripada kumpulan cempuling bukit kapar . yang paling menarik sekali adalah acara khas dimana tetamu jemputan iaitu yb rodziah telah berbesar hati untuk memasak char kuea tiaw yang mana ianya adalah antara menu yang disediakan oleh pihak penganjur .

disamping menjamu selera , para tetamu dapat beramah mesra antara satu sama lain tak kira bangsa dan agama . dan semangat yang ditunjukkan inilah yang membuatkan kerajaan pakatan rakyat di negeri selangor semakin kuat khususnya keadilan di dun sementa ini .