Rabu, 28 April 2010

gerak kerja prk hulu selangor



















semuanya sudah berlalu , namun kerja perlu di teruskan . adat berjuang , ada kalah dan ada menang . kemanisan dalam perjuangan bukan lah diukur dari kalah atau menang , tekad perjuangan harus di teruskan , adat berjuang ... jiwa perlu besar . perjuangan adalah perlaksanaan kata kata .



Isnin, 26 April 2010

ceramah umum @ saujana utama


bertempat di dewan orang ramai saujana utama telah diadakan satu ceramah umum berkenaan isu isu semasa . majlis telah menghadirkan beberapa orang penceramah hebat seperti yb dato seri nizar jamaluddin , yb dr zulkifli ahmad dan yb salahuddin ayub .

kehadiran pendengar serta penyokong amat amat menggalakkan sehingga amktokmuda terpaksa berasak asak mendapatkan tempat terbaik untuk mendengar kupasan kupasan maklumat terkini politik negara . yang paling beruntung tentunya peniaga peniaga yang rata rata tersenyum lebar kerana hasil jualan yang agak menguntungkan .

ceramah umum @ puncak alam



amk tokmuda telah menghadirkan diri dalam satu ceramah umum yang telah diadakan di perkarangan balai masyarakat fasa2 puncak alam pada 10 april jam 9 malam . pada malam itu telah di datangkan khas penceramah penceramah yang hebat terdiri daripada ustaz nassaruddin hassan tantawi , yb dr zulkifli ahmad dan yb dr mariah mahmod . banyak yang dikupas oleh penceramah penceramah berkenaan isu isu semasa .

kehadiran pendengar dan penyokong amat baik dengan dimeriahkan lagi oleh garai gerai jualan .

Sabtu, 10 April 2010

pelancaran jentera prk hulu selangor


bertempat di dewan serbaguna & kompleks sukan kuala kubu baharu telah dilancarkan jentera pilihanraya kecil hulu selangor yang dihadiri oleh ketiga tiga parti komponen dalam pakatan rakyat . majlis pada malam itu telah dimeriahkan lagi dengan ucapan ucapan pidato daripada pimpinan pakatan rakyat seperti tan sri dato menteri besar , yb azmin , yb hassan ali , yb nassarudddin dan beberapa lagi pimpinan tertinggi parti .

majlis telah dipengerusikan oleh yb batu caves dan diakhir majlis secara simboliknya mb telah menyerahkan pingat dan bendera kepada ketua operasi ketiga tiga zon dalam parlimen hulu selangor . bagi jentera geng cabang sementa telah ditugaskan untuk memantau zon batang kali . semoga dengan pelancaran ini akan memulakan tugas kita untuk mempertahan kan kerusi parlimen hulu selangor seterusnya menguburkan barisan nasional dari negeri yang bertuah ini ................... lawan tetap lawan