Ahad, 19 Julai 2009
hitam untuk perak
setiausaha ranting tokmuda bersama sama amk tokmuda telah berjaya mengadakan konvoi 2 hari menghitamkan perak di pulau pangkor . ia adalah simbolik kepada jatuhnya demokrasi dan hak rakyat perak setelah rampasan kuasa yang berlaku oleh kerajaan pakatan rakyat di negeri perak darul ridzuan . tema hitam telah dipilih bagi menyatakan sokongan dan perihatin ranting tokmuda kepada kerajaan pimpinan yb nizar jamaludddin . banyak aktiviti yang dilakukan sewaktu berada di negeri perak . rata rata banyak mata mata yang memandang tersenyum dan menegur kumpulan baju hitam yang mana mungkin faham tujuan aktiviti ranting tokmuda . di hari terakhir aktiviti ada diantara ahli ahli ranting tokmuda menyatakan cadangan agar diadakan lagi aktiviti seperti ini di daerah lain di negeri perak .
Ahad, 12 Julai 2009
penubuhan ranting .
pada 12.07.2009 jam 9 malam bertempat di pejabat bahagian parti keadilaan rakyat dun sementa telah diadakan taklimat berkenaan garis panduan penubuhan ranting . sesi penerangan telah diketuai oleh en saadon selaku pegawai khas dun sementa , saudara ang hiok gai ahli majlis pimpinan pusat selaku timbalan ketua cabang kapar , setiausaha cabang dan ahli jawatankuasa cabang . ramai yang hadir adalah terdiri daripada ketua ketua , ajk dan wakil ranting yang dulunya dikenali sebagai jentera daerah mengundi atau jdm .
selepas kongres nasional khas pada 13 jun 2009 yang lepas telah diluluskan peraturan penubuhan ranting parti dibawah cabang cabang parti . cabang parti dikehendaki memainkan peranan menyelaras dalam perkara penubuhan ranting . dalam erti kata lain cabang adalah bermaksud bahagian dan ranting pula adalah cawangan . jawatankuasa penubuhan ranting akan menguruskan permohonan menubuhkan ranting mulai dari bulan ogos 2009 .
Rabu, 8 Julai 2009
satu bukti ...
demonstrasi telah berjaya mengubah salah satu dasar salah kerajaan malaysia . ppsmi telah dimansuhkan dan ini bermakna anak anak kita akan kembali belajar dalam bahasa ibunda . disini ditekankan sekali lagi bahawa kita perlu memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan seterusnya menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa kedua iaitu bahasa antarabangsa .
bagi pihak amk tokmuda mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada para demonstran yang turun sebagai pejuang bahasa dalam demonstrasi ppsmi pada mac 2009 di kuala lumpur khususnya wakil dari amk tokmuda sendiri . semoga pihak kerajaan malaysia konsisten untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di malaysia .
Khamis, 2 Julai 2009
sumbangan mesra usia emas
* majlis di adakan di hadapan pejabat pusat khidmat rakyat dun sementa .
* antara hadirin yang hadir .
* salah seorang waris menerima sumbangan .
* salah seorang waris berketurunan india sedang menerima sumbangan .
* hadirin tidak melepaskan peluang bergambar bersama yb rodziah .
majlis berjalan lancar dengan kehadiran briged sementa dan amk . terima kasih juga pada semua petugas petugas pusat khidmat rakyat dun sementa .
sumbangan mesra usia emas
* yb rodziah sedang menyampaikan kamera digital kepada ketua kampung pekan kapar .
* en saadon sebagai pengerusi majlis pada malam itu .
* yb rodziah bertanyakan sesuatu kepada salah seorang hadirin .
* sedikit jamuan di sediakan di akhir majlis .
* antara hadirin yang menemani yb rodziah menjamu selera .
pada 2 julai 2009 telah diadakan satu program bayaran sumbangan mesra usia emas . ia adalah rentetan program program sama yang mana setiap waris akan mendapat sedikit sumbangan berupa wang daripada kerajaan negeri . yb rodziah binti ismail ( adun angkat dun sementa ) telah merasmikan majlis seterusnya menyampaikan sumbangan kepada penerima yang berdaftar . semoga sumbangan yang diterima oleh waris waris dapat dimanafaatkan dengan jalan yang betul kerana ia adalah sumbangan bagi tanda terima kasih daripada kerajaan negeri atas sumbangan arwah atau si mati ketika hayatnya tak kira ia seorang tukang kebun , buruh , pekerja kilang , nelayan , guru atau sebagainya kerana itu semua adalah salah satu faktor yang menjana ekonomi negeri selangor .
pada malam itu juga diadakan penyerahan kamera digital kepada ketua ketua kampung dun sementa . ia adalah bertujuan bagi memudahkan tugas tugas ketua kampung yang mana selama ini hanya mencatit dan mengingat segala permasalahan penduduk dan kini selaras dengan kemajuan teknologi kamera digital dapat merakam dan menjadi bukti untuk disampaikan di pusat khidmat rakyat dun sementa seterusnya memudahkan pihak pusat khidmat rakyat untuk mencari jalan penyelesaian .
Langgan:
Catatan (Atom)